IKLAN JAWATAN PENTADBIRAN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. /Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.
IKLAN JAWATAN PENTADBIRAN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) ingin mempelawa staf UM dan PPUM yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pentadbiran seperti butiran berikut:
|
No. |
JAWATAN PENTADBIRAN |
TIER |
|
1 |
Pengarah, Pusat Perubatan Universiti Malaya |
1 |
|
2 |
Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) |
2 |
|
3 |
Timbalan Pengarah Ikhtisas |
2 |
3. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat jawatan dan kaedah permohonan untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. /Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan:
- MAKLUMAT JAWATAN PENGARAH PPUM
- MAKLUMAT JAWATAN TIMBALAN PENGARAH KLINIKAL (SURGIKAL) PPUM
- MAKLUMAT JAWATAN TIMBALAN PENGARAH IKHTISAS PPUM
- BORANG LEADERSHIP CV
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 21 Julai 2021 (Isnin) / jam 5.00 petang melalui emel/hantaran tangan yang dialamatkan kepada:
|
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan, (U/P : Puan Junainah binti Jamaluddin) Aras 3, Canseleri, Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia E-mel : ppog_pelantikan@um.edu.my / junainah@um.edu.my |
5. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan ini, YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof. /Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi kami ditalian 03-7967 3254 (Pn. Rumiza) / 03-7967 3478 (Pn Junainah).
Sekian, terima kasih.
RUMIZA AHMAD
Pengarah
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan
