• Mon - Thurs : 8.00am - 5.00pm / Fri : 8.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.00pm
  • helpdesk@um.edu.my

IKLAN JAWATAN PENTADBIRAN DI BAWAH PORTFOLIO TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

August 12, 2025
141 views

SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENTADBIRAN BAGI PUSAT TANGGUNGJAWAB DI BAWAH PORTFOLIO TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) ingin mempelawa staf UM dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pentadbiran di bawah Portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi Pusat Tanggungjawab (PTj) seperti berikut:

NO.

JAWATAN PENTADBIRAN

PUSAT TANGGUNGJAWAB

TIER

1

Penolong Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

 

Pejabat Penolong Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

2

2

Pengarah (Malaysia)

 

Institut Kong Zi

4

3

Pengarah (China)

Institut Kong Zi

4

4

Pengarah

Pusat Hubungan Antarabangsa (IRC)

4

5

Pengarah

Pusat Akreditasi Program Akademik,

Jabatan Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti, (QMED)

 

4

6

Pengarah

Pusat Perancangan dan Penambahbaikan Kualiti, 

Jabatan Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti, (QMED)

 

4

7

Pengarah

Pusat Pengurusan Program Akademik,

Jabatan Perancangan Strategik Akademik (ASPD)

 

4

8

Pengarah

Pusat Pembelajaran Digital,

Jabatan Perancangan Strategik Akademik (ASPD)

 

4

9

Pengarah

Pusat Polisi Akademik,

Jabatan Perancangan Strategik Akademik (ASPD)

 

4

 

3.         Bersama-sama ini dilampirkan maklumat jawatan dan kaedah permohonan untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan. 

4.         Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2025 (Jumaat) / jam 5.00 petang melalui emel/ hantaran tangan yang dialamatkan kepada:

 

Pusat Pengurusan Organisasi & Governan,
(U/P :  Puan Junainah binti Jamaluddin)
Aras 3, Canseleri,
Universiti Malaya
50603, Kuala Lumpur, Malaysia
E-mel : ppog_pelantikan@um.edu.my / junainah@um.edu.my

 

4.         Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi kami di talian 03-7967 3254 (Pn. Rumiza Ahmad) / 03-7967 3478 (Puan Junainah).

 

 Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

RUMIZA AHMAD
Pengarah
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan