IKLAN JAWATAN PENTADBIRAN : DEKAN
.jpg)
Staf Akademik
Universiti Malaya
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
IKLAN PENGISIAN JAWATAN DEKAN, FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) ingin mempelawa staf akademik yang berminat dan berkelayakan untuk pengisian jawatan Dekan, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM). Bersama-sama ini dilampirkan maklumat jawatan dan kaedah permohonan untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan:
- Tatacara Pelantikan Jawatan Pentadbiran - Entiti Akademik
- Borang Penamaan Calon / Permohonan Individu
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 18 November 2024 (Isnin) / jam 5.00 petang.
Untuk maklumat lanjut, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi :
Urus Setia Pelantikan Jawatan Pentadbiran
(U/P: Pn. Junainah Jamaluddin)
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan, Portfolio Pendaftar
Aras 3, Canseleri, Universiti Malaya
50603, Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel. : +603-7967 3478 | E-mel : ppog_pelantikan@um.edu.my
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
RUMIZA AHMAD
Pengarah
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan
