• Mon - Thurs : 8.00am - 5.00pm / Fri : 8.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.00pm
  • helpdesk@um.edu.my

PROGRAM GOTONG - ROYONG PERDANA 2023

September 11, 2023
196 views

Bagi menyambut kemasukan pelajar-pelajar baru pada 1 Oktober 2023 nanti, satu Gotong Royong Perdana 2023 peringkat Universiti akan diadakan pada :

Tarikh  :    27 September 2023 (Rabu)

Masa    :   9.00 Pagi hingga 1.00 Tengahari.

Tempat :   Seluruh kampus.

Skop utama gotong royong adalah mengecat kerb jalan di sepanjang Lingkaran Wawasan. Disamping itu, setiap Fakulti dan PTj juga diminta mengatur aktiviti gotong royong di kawasan Fakulti dan PTj masing-masing. Aktiviti yang dicadangkan adalah kerja mengecat kerb, petak parking, pembersihan kawasan sekitar dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai.

Penerangan lanjut berkaitan program gotong-royong ini sedang diaturkan oleh pihak JPPHB dengan kerjasama wakil-wakil dari setiap Fakulti dan PTj.

Diharap seluruh warga kampus dapat turut serta dalam menjayakan aktiviti tahunan ini agar kampus sentiasa dalam keadaan terbaik disamping memupuk kerjasama berpasukan dikalangan kakitangan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan YMF Pengarah Eksekutif JPPHB, En. Mohd Husni On (mohdhusni@um.edu.my) atau Ketua Bahagian Penyelenggaraan Fizikal, En. Zainuddin Borhan (zainuddinborhan@um.edu.my}.

Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih