PELANCARAN (GO LIVE) SISTEM E-HR BAGI MODUL CUTI PERKHIDMATAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Fasa Pertama Modul Cuti Perkhidmatan di dalam Sistem e-HR akan dilancarkan mulai 01.03.2023 melalui capaian https://ehr.um.edu.my/login yang akan melibatkan empat (4) jenis cuti berikut:
- Cuti Rehat;
- Cuti Sakit;
- Cuti Tidak Berekod; dan
- Cuti Separuh Gaji
Bagi tujuan pelancaran ini juga, Modul Cuti sedia ada di Portal UM akan ditutup selama satu (1) hari pada 28.02.2023 bagi urusan teknikal. Oleh yang demikian, staf yang bercadang untuk memohon cuti pada tarikh terdekat dinasihatkan untuk membuat perancangan dan mengemukakan permohonan cuti lebih awal.
Dikemukakan maklumat berikut untuk rujukan dan makluman:
- Surat Pelancaran (Go Live) Sistem E-Hr Bagi Modul Cuti Perkhidmatan
- Perincian empat (4) jenis cuti yang terlibat
- Tatacara Pelaksanaan bagi Pelancaran Modul Cuti
- Pegawai Bertanggungjawab Mengenai Modul Cuti
Sekian, terima kasih.
