NOTIS : GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN ICT DARI 7 JUN 2024 HINGGA 9 JUN 2024 
Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) akan melaksanakan aktiviti naik taraf Switches di Pusat Data (Spine and Leaf) pada 7 Jun 2024 (8.00 malam) sehingga 9 Jun 2024 (8.00 malam). Aktiviti naiktaraf ini akan menyebabkan gangguan terhadap capaian semua sistem atas talian UM.
Jadual penutupan perkhidmatan ICT adalah seperti berikut:
- Tarikh dan Masa Mula: 7 Jun 2024, 8.00 malam
- Tarikh dan Masa Tamat: 9 Jun 2024, 8.00 malam
Pegawai Dihubungi:
- En Asmawan Atan (asmawan@um.edu.my)
- En Adlisyah Mad Nor (Adlisyah@um.edu.my)
Lokasi / Skop Gangguan:
- Semua sistem UM TIDAK boleh dicapai.
- Masih boleh capai rangkaian kampus.
Kerja-kerja naiktaraf infrastruktur rangkaian ICT di Pusat Data adalah sebahagian daripada usaha untuk menyokong Inisiatif Kampus Pintar UM. Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) mengambil langkah ini bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan ICT universiti.
Dengan pemakluman ini, diharap pihak PTj dapat mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi mengelakkan gangguan operasi universiti / PTj. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/Y.Brs Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Teknologi Maklumat
Universiti Malaya
