• Mon - Thurs : 8.00am - 5.00pm / Fri : 8.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.00pm
  • helpdesk@um.edu.my

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN WIFI DI PTJ AKADEMIK DAN KOLEJ KEDIAMAN DI BAWAH PROJEK SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) FASA 1

May 26, 2025
129 views

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Tuan/Puan/Para Pelajar yang dihormati, 

Pihak Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) ingin memohon untuk memanjangkan hebahan kajian kepuasan pelanggan bagi projek MCMC Fasa 1 yang telah siap sepenuhnya pada awal Mac 2025. Fakulti/Kolej Kediaman yang terlibat di bawah projek MCMC Fasa 1 adalah: 

  1. Fakulti Perubatan 
  2. Fakulti Farmasi 
  3. Fakulti Sastera & Sains Sosial 
  4. Fakulti Kejuruteraan 
  5. Fakulti Sains 
  6. Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) 

Kaji selidik dibuka pada 13 Mei 2025 - 30 Mei 2025 (17 hari).  

Berikut adalah tatacara penyertaan kajian kepuasan pelanggan yang merangkumi pautan dan kod QR: 


TATACARA PENYERTAAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) UNIVERSITI MALAYA

Untuk memastikan perkhidmatan WiFi yang telah dinaiktaraf di lima PTj Akademik dan satu kolej kediaman memenuhi keperluan warga universiti, Pejabat TNC(P) mengalu-alukan penyertaan anda dalam kajian kepuasan pelanggan ini. 

Langkah-Langkah Penyertaan: 

  1. Akses kepada kajian 
    Klik pautan berikut untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan: https://forms.office.com/r/UNekggAnGh 
     
  2. Atau, imbas kod QR berikut untuk akses segera: 

Terima kasih di atas masa dan kerjasama yang diberikan.