• Mon - Thurs : 8.00am - 5.00pm / Fri : 8.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.00pm
  • helpdesk@um.edu.my

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) | UNIVERSITI MALAYA

August 07, 2026
101 views

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Warga Universiti Malaya yang dihormati,

IKLAN PENGISIAN JAWATAN PENGURUSAN
TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)



IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) (1).jpg




Staf Akademik

Universiti Malaya


YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,


IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN) | UNIVERSITI MALAYA


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) mempelawa ahli akademik yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) di Universiti Malaya.


3. Bersama ini dilampirkan maklumat jawatan dan kaedah permohonan untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 11 Ogos 2026 (Selasa) sebelum jam 5.00 petang.


PAUTAN DOKUMEN ;

  Maklumat Iklan
  Borang CV Leadership form


4. Untuk maklumat lanjut, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Pegawai berikut :- 


Pn. Junainah Jamaluddin 

Penolong Pendaftar Kanan

Pusat Governan & Hal Ehwal Lembaga 

Jabatan Governan dan Pentadbiran Organisasi

Portfolio Pendaftar 

Aras 3, Canseleri, Universiti Malaya

50603, Kuala Lumpur, Malaysia

No. Tel. : +603-7967 6599 | E-mel : junainah@um.edu.my


5. Kerjasama   YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, salam hormat.


--- b/p ---

PN. NURULHANA SHAMSUDDIN
Pengarah 
Pusat Governan dan Hal Ehwal Lembaga
Jabatan Governan dan Pentadbiran Organisasi
Portfolio Pendaftar