• Mon - Thurs : 8.00am - 5.00pm / Fri : 8.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.00pm
  • helpdesk@um.edu.my

IKLAN JAWATAN PENTADBIRAN

August 15, 2024
383 views

Staf Akademik
Universiti Malaya

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) GRED UTAMA B (VU6), UNIVERSITI MALAYA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) mempelawa ahli akademik yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Gred Utama B (VU6) di Universiti Malaya.

Maklumat jawatan dan kaedah permohonan boleh diperolehi melalui :

Portal > PTj Info > Pusat Pengurusan Organisasi & Governan > 3.0 Pelantikan Jawatan Pentadbiran

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2024 (Jumaat) sebelum atau pada jam 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urus Setia Pelantikan Jawatan Pentadbiran
(U/P: Pn. Junainah Jamaluddin)
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan, Portfolio Pendaftar 
Aras 3, Canseleri, Universiti Malaya
50603, Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel. : +603-7967 3478 | E-mel : ppog_pelantikan@um.edu.my

Sekian, terima kasih dan salam hormat.
 

RUMIZA AHMAD
Pengarah
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan