• Mon - Thurs : 8.00am - 5.00pm / Fri : 8.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.00pm
  • helpdesk@um.edu.my

IKLAN JAWATAN PENTADBIRAN DI BAWAH PORTFOLIO TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

August 12, 2025
201 views

SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENTADBIRAN BAGI PUSAT TANGGUNGJAWAB DI BAWAH PORTFOLIO TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) ingin mempelawa staf UM dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pentadbiran di bawah Portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bagi Pusat Tanggungjawab (PTj) seperti berikut:

 

NO.

JAWATAN PENTADBIRAN

PUSAT TANGGUNGJAWAB

TIER

1

Pengarah Eksekutif

Pusat Penyelidikan Nanoteknologi dan Pemangkinan (NANOCAT)

 

3

2

Pengarah Eksekutif

Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES)

 

3

3

Pengarah

Pusat Pengurusan Geran Penyelidikan (PPGP),

Jabatan Pengurusan Penyelidikan

 

4

4

Ketua

Bahagian Pembangunan Produk dan Perusahaan,

Pusat Inovasi dan Perusahaan (UMCIE)

 

6

 

3.         Bersama-sama ini dilampirkan maklumat jawatan dan kaedah permohonan untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan:

4.         Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2025 (Jumaat) / jam 5.00 petang melalui emel/hantaran tangan yang dialamatkan kepada:

Pusat Pengurusan Organisasi & Governan,
(U/P :  Puan Junainah binti Jamaluddin)
Aras 3, Canseleri,
Universiti Malaya
50603, Kuala Lumpur, Malaysia
E-mel : ppog_pelantikan@um.edu.my / junainah@um.edu.my

 

4.         Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi kami di talian 03-7967 3254 (Pn. Rumiza Ahmad) / 03-7967 3478 (Puan Junainah).

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

RUMIZA AHMAD
Pengarah
Pusat Pengurusan Organisasi & Governan