• Mon - Thurs : 8.00am - 5.00pm / Fri : 8.00am - 12.15pm, 2.45pm - 5.00pm
  • helpdesk@um.edu.my

BUY YOUR OWN DEVICE (BYOD) UNIVERSITI 3.0

January 12, 2023
277 views

UM.PNC3/JTM/580/4/7  

10 Januari 2023  

SENARAI EDARAN ADALAH SEPERTI PADA LAMPIRAN   

YBhg. Datuk/Dato' /Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,  

PEMBUKAAN PERMOHONAN KEMUDAHAN PEMILIKAN KOMPUTER MELALUI KAEDAH BUY YOUR OWN DEVICE (BYOD) (KATEGORI UNIVERSITI) BAGI TAHUN 2023  

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.  

2. Sukacita dimaklumkan permohonan kemudahan pemilikan komputer melalui kaedah BYOD bagi tahun 2023 akan mula dibuka pada 10 Januari 2023.  

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato' /Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dipohon untuk menghebahkan perkara ini kepada staf yang layak di PTj masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan panduan permohonan dan tarikh-tarikh penting untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato' /Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Panduan ini juga boleh didapati di Portal Staf ->ICT info ->Polisi dan Prosedur ->Buy Your Own Device (BYOD)]  

4. Permohonan baru  bagi tahun 2023 boleh dibuat menggunakan pautan: https://forms.office.com/r/Kf8rchMN7b. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dilakukan melalui emel byod_admin@um.edu.my.  

Sekian, Terima Kasih.  

“Serving the Nation. Impacting the World”   

Puan Asiah Abu Samah  
Pengarah Eksekutif Jabatan Teknologi Maklumat